Monday, October 26, 2009

SUPERCAMP EXCEL 2009

SUPERCAMP EXCEL 2009

supercamp excel 2009......kem cuti sekolah-pelbagai aktiviti dijalankan...best..seronok...dpt ilmu



JUNGLE TRACKING YERRR....
ERM DLM AIR PUN KNA POSING....COZ NK AMEK GMBR....
ISH MANDI,,JGN XMNDI..JOM JOIN SKALI SUPERCAMP
JGN BEREBUT BOLA TU ADIK2...

BERANI TAK NAK TERJUN KOLAM NIE.....
EM LENGGANG PERUT KER..HE
NYAMAN NYERR...SAMBIL WT SENAMAN BOLEH MELIHAT PEMANDANGAN YG INDAH
CANTIK KAN KOLAM...ADIK2 TU RIADAH SBLH SANA...AIR TU DARI AIR TERJUN...SEJUK.....

MULA2 TAKUT...TAPI LPS TU SERONOK......
JALAN BERPASANGAN....
PIMPIN ANAK-ANAK BUAH ELOK2..HE
MANA TAU NAK AMEK GMBR NIE...SIAP POSING LG..HEH
MEREKA JADI 'TOK BATIN' HEHE.....ERM BELAJAR KEMAHIRAN BARU UTK FOKUS...DAN MENINGKTKAN KEYAKINAN DIRI...ADA YANG TIUP XBRJAYA..TTP MCUBA..HEBATKAN..
SUMPIT,,JGN XSUMPIT,,JGN TKENA MAKCIK TU SUDAH..HE
MCM SUPERMAN NIE......
ELOK2 DIK...EM BERANINYERRR..SIAP SENYUM LG


NAIK DIK...CKIT LG..HEH..
YE.YE DH SMPAI...YG LAIN SBR YER
TARIK KUAT2 DIK
AKTIVITI ATAS AIR....BERANI NYER ADIK-ADIK NI.....
EM BAIKNYER USTAZ..HEH
EM TGK CARA RATA AIR TGN KANAN..
TAKUTNYERRR...UZTAZ CEK SORG2 NIE..HEH

PRAKTIKAL WUDU' SETIAP KUMPULAN SETELAH DI TUNJUK AJAR...
TIADA SOLAT TANPA WUDU'....SATU MASA SAIDINA HASAN R.A DAN HUSIN R.A MELIHAT SEORANG PAKCIK TUA YANG MENGAMBIL WUDU TAPI TIDAK RATA DAN SEMPURNA....MAKA MEREKA TELAH MENGUR DENGAN HIKMAH....CUCU NABI SAW INI BEGITU HIKMAH DENGAN MEMINTA PAKCIK TADI MEMERIKSA WUDU' MEREKA BERDUA....SEDANGKAN HASAN DAN HUSIN ADLAH ILMUAN YANG BESAR...MAKA DARIPADA SITU, PAKCIK TADI DAPAT MEMPELAJARI WUDU YANG BETUL TANPA TERSINGGUNG MALAH DIMULIAKAN..OLEH ITU PENTING ANAK MUDA MEMPELAJARI ASAS INI SEBELUM TERLAMBAT.....



Excel Super Camp (30 Nov – 2 Dis)

Pada 30 November hingga 2 Disember yang lepas telah berjalannya aktiviti Super Camp Excel di Excel Training Resort.

Di sini kami sajikan beberapa foto sepanjang aktiviti tersebut dijalankan untuk tatapan anda

image073

supercamp excel sesi bersama dato dr hj mohd fadzilah kamsah

image160

cuti sekolah sakan nampak......hehe...mereka berlatih terbang

image261

supercamp melangsingkan pinggang..heh..sakit pinggang ke dik..heh

image316

SUPERCAMP MENGAWAL AIR JANGAN KELUAR

image341

SUPERCAMP-KETAHANAN.KEBERANIAN DAN TEKNIK MEMANJAT

image344

ADIK YANG SORANG NI TAK SABAR NAK MANJAT YANG LAIN PULAK....
image366

TERERNYA....MCM LATIHAN TENTERA JER....BEST KAN SUPERCAMP NI..

image375

ZIKIR MUNAJAT YER....ADIK2..AKTIVITI SURAU..MENANTI SOLAT..
pb302283

MOTIVASI PELAJAR 2009

Pada 14 – 16 Dis 2008 sekali lagi telah berlangsungnya aktiviti Super Camp Excel diExcel Training Resort.

Dibawah ini kami paparkan beberapa foto bagi tatapan anda semua;

image175

DATO fADILAH KAMSAH BERSAMA MEMBACA DOA SEBELUM KELASimage179DMFK menanya soalan pada pelajar..

image225PELAJAR SOLAT BERJEMAAH BERSAMA-SAMA...SOLAT TIANG AGAMA..

image234

SESI KULIAH AGAMA BARU NAK BERMULA DENGAN EBIT IRAWAN

image298TINGGINYA ADIK..KAT MANA NIE.....

pc152234KUMPULAN SUPERCAMP SATU DGN FACI LYANA

pc152239KUMPULAN SUPERCAMP DUA

pc152244KUMPULAN SUPERCAMP EMPAT DENGAN FACI IZWAN

pc152250KUMPULAN SUPERCAMP 4 DENGAN FACI AZWAR

pc152256KUMPULAN SUPERCAMP LIMA DENGAN FACI PUTRI

pc152338

MEREKA SEDANG MELINTAS LAUTAN..HEHE..KOLAM JER LAH..TAPI YG KALI PERTAMA RASA MACAM LAUTAN..HEHE..SEKOLAH RENDAH

pc152347

BELAJAR MEGGUNAKAN DERIA TELINGA DAN BERSYUKUR DENGAN NIKMAT MATA-SUPERCAMP EXCEL 09

pc152379SEKOLAH MENENGAH SEDANGV BERAKIT...PANDAINYERRR MENGAYUH....JGN BERPUSING SUDAH

Tuesday, October 20, 2009

Sejarah Ayat Kursi

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah.Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w.
dengan segera memerintahkan Zaid Thabit RA menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah"sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinyaserta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang
membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya
serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua..... Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan
pencuri.Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada
memasuki rumah.Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan
keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh
khusyuk,Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki
rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan keluarga anda terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membacaayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya &ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,
pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a. ,
Rasullullah s.a.w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU
BIARPUN SATU AYAT...."

DOSA KECIL MENJADI DOSA BESAR

DOSA KECIL MENJADI DOSA BESAR

Kita tidak boleh memandang endah tak endah terhadap dosa-dosa kecil yang
kita lakukan kerana ia dapat juga berkembang dan berubah menjadi dosa besar
dengan adanya berbagai sebab iaitu:

1. Kerana dosa kecil itu dikerjakan terus-menerus atau dikekalkan sahaja
mengerjakannya tanpa ada hentinya.

Seperti halnya titisan air yang berulang kali jatuh di atas batu, lama
kelamaan tentulah berbekas pula.Tetapi tidak akan berbekas jika batu itu
dituangi air berapa pun banyaknya dengan sekali tuang!

Dalam soal amal baik, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik amal itu ialah yang terkenal atau yang paling rutin
mengerjakannya, sekalipun hanya sedikit. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Kerana adanya anggapan kecil pada dosa yang dilakukannya.

Jika seseorang menganggap dosa yang dilakukannya besar, maka disisi Allah
dianggap kecil, dan jika seseorang itu menganggap dosa yang dilakukannya
kecil, maka disisi Allah dipandang besar. Sebabnya ialah kerana anggapan
besar itu timbul dari hati yang sebenarnya tidak suka melakukannya atau
ingin menjauhinya. Kalau akhirnya dosa itu dikerjakan juga, hal ini berlaku
sebab hebatnya godaan dan lain sebagainya. Ketidaksukaan melakukan inilah
yang menyebabkan dosa yang dikerjakan sangat sedikit meninggalkan bekas
dalam hatinya.

Sebaliknya jika dosa itu dianggap kecil oleh yang melakukannya, tidak lain
sebabnya ialah kerana hatinya amat condong melakukannya. Kecondongan inilah
yang menyebabkan dosa yang dikerjakanya sangat berbekas dalam hatinya.
Selain itu, sikap memandang kecil akan dosa mempunyai kesan negatif. Orang
menjadi tidak takut lagi untuk berbuat dosa dan kurang peduli terhadap dosa.

3. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan senang hati dan merasa nikmat.

Sebabnya ialah kerana dosa yang dikerjakan dengan gembira dan nikmat, ia
akan terbuku di dalam batin, bahkan juga akan menimbulkan kehitaman yang
amat sangat dalam kalbu. Tidak ada rasa penyesalan dan selalu ingin
mengulanginya kembali. Perasaan berbahgia di dalam dosa satu hal yang sangat
buruk.

4. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan perasaan aman/bebas dari balasan
Allah.

Sebetulnya perbuatan apa pun samada besar atau kecil tidak mungkin terlepas
dari pengawasan Allah. Allah teramat teliti mengawasi segala sesuatu. Hanya
orang yang bodoh/sesat sahaja yang merasa dirinya aman/bebas dari pengawasan
Allah. Walaupun (nampaknya) aman dari balasan Allah, barangkali kerana Allah
memang menangguhkan balasan itu sebagai kemurkaanNya, agar dengan demikian
makin banyak lagi dosa yang dikerjakannya dan akan dibalas di akhirat kelak.
Perasaan aman dari pengawasan/balasan Allah, meyebabkan seseorang itu
berterusan berkecimpung dalam dosa dan noda dan semakin berani melakukanya.

5.Kerana dosa kecil itu diberitahukan atau diperlihatkan kepada orang lain.

Adakalanya dosa itu dilakukan dengan tidak diketahui orang lain, tetapi
kemudian diberitahukan kepada orang lain. Dan ada kalanya pula waktu
melakukannya memang di hadapan orang lain. Orang yang demikian telah
melakukan dua macam pelanggaran. Dosanya kerana melakukan kesalahan dan dosa
memperlihatkan kesalahan kepada orang. Sebenarnya dosa yang dikerjakan
menjadi rahsia dirinya sendiri sebab hanya dia sendiri dan Allah yang
mengetahui. Begitu juga dosa yang sebenarnya dapat dilakukan dengan
diam-diam dengan tidak diketahui orang lain, mengapa dilakukan di muka orang
lain?

Jadi pelanggaranya yang pertama, kerana ia melakukan kemaksiatan itu dan
pelanggarannya yang kedua kerana cara ia melakukan dosanya itu dapat
menggerakkan keinginan buruk orang lain untuk menirunya. Dengan begitu, satu
perbuatan kemaksiatan menyebabkan dua bentuk dosa. Itulah sebabnya dosa
kecil berkembang menjadi dosa yang besar.

6. Kerana dosa kecil itu dilakukan oleh orang alim yang mempunyai banyak
pengikut.

Orang yang alim mempunyai pengaruh besar kepada para pengikutnya.Kerana itu
dosa yang dikerjakannya kemungkinan besar akan diikuti pula oleh para
pengikutnya .Inilah yang menyebabkan dosa kecil tadi berubah menjadi dosa
besar.
Dalam sebuah hadis disebutkan: "Siapa menciptakan sunnah yang buruk, dia
menanggung dosa atas perbuatannya itu dan juga dosa orang lain yang meniru
melakukannya tanpa dikurangi dosa orang lain itu sedikit pun" Tetapi
sebagaimana berlipat gandanya dosa yang dilakukan oleh orang alim itu, maka
berlipat ganda pulalah kebaikan yang dibuat olehnya,apabila banyak orang
yang mengikut dan melanjutkan amal baiknya itu

Betulkan Bacaan Fatihah

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat
bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya
dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut
diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah,
sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA
dua harakat, MIN 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan
Amin malaikat.

Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki
bacaannya.

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2009

SUNDAY, OCTOBER 18, 2009


Assalamualaikum w.b.t dan salamat sejahtera....
Untuk makluman, EXCEL TRAINING & CONSULTANCY (M) SDN. BHD. yang diketuai oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsahakan mengadakan beberapa program pelajar SEMPENA CUTI SEKOLAH pada akhir tahun ini. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:

TARIKH PROGRAM TEMPAT

06 - 08 Dec 2009 Motivasi Dan Jati Diri Excel Training & Country Resorts, Lenggeng N.9

13 - 15 Dec 2009 Motivasi Dan Jati Diri Excel Training & Country Resorts, Lenggeng N.9

20 - 22 Dec 2009 Motivasi Dan Jati Diri Excel Training & Country Resorts, Lenggeng N.9

27 - 29 Dec 2009 Motivasi Dan Jati Diri Excel Training & Country Resorts, Lenggeng N.9


Sekiranya tuan/puan berminat untuk menghantar anak tuan/puan, sila hubungi kami ditalian 03 - 8926 2501, 2502, 2499, 2498untuk maklumat yang lebih terperinci atau e-mailkan maklumat tuan/puan ke aniesaad_06@yahoo.com.my,ebit_muadzam@yahoo.com.my,excel_hisham@yahoo.com,ahmadashraf_excel@yahoo.com atau layari website kami diwww.excel-training.com.my

Cara pembayaran adalah melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB No. Akaun 120 290 100 22 806) kemudian fakskan slip pembayaran (tuliskan nama peserta & tarikh program) atau fakskan borang pendaftaran yang lengkap ke 03 - 8926 2504.
Sekian, terima kasih.

"ORANG LAIN MENABUR ILMU, EXCEL MERANGSANG ORANG KE ARAH KECEMERLANGAN"


EXCEL TRAINING & CONSULTANCY (M) SDN. BHD.
03 - 8926 2501
03 - 8926 2504
EBIT IRAWAN IBRAHIM LEW
TRAINING CONSULTANT
0132387900

Amalan-Amalan Sunat Pada Hari Asyura:

Amalan-Amalan Sunat Pada Hari Asyura:

1. Berpuasa sunat


2.Sembahyang sunat dua rakaat pada malam Asyura dengan niat
"Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala.
(Ia bukan solat sunat Asyura kerana tidak ada solat sunat Asyura).
Kemudian diikuti dengan doa
"Dengan kemegahan malam ini disisi engkau Ya Allah,
aku.............(doakanlah hajat kita)

3.Menghulurkan sedekah pada fakir dan miskin.

4.Hadir di tempat/majlis ilmu atau zikrullah

5.Ziarah para alim ulama'

6.Ziarah orang yang sakit.

7.Menghubungkan silaturahim.. seperti menziarahi ibubapa
atau saudara mara atau sahabat handai atau sekurangnya
menelefon mereka bertanyakan khabar.

8.Memakai celak dan berselawat 3 kali ketika memakainya..
insyaallah dipelihara daripada sakit mata.

9.Memotong kuku

10.Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali atau sekurangnya
200 kali

11.Menyapu (mengusap) kepala anak yatim.. kaifiatnya ialah
dengan menyapu secara terbalik iaitu dari belakang kehadapan...
jika anak sendiri sebaliknya.

12.Melebihkan berbelanja untuk ahli keluarga.

Insyaallah ,semoga dapat kita amalkan(sekurangnya 6 perkara) pada
hari Asyura yang lagi akan datang pada tahun ini dan tahun -tahun
yang berikutnya..

Moga dijadikan oleh Allah akan kita semua dari orang-orang yang
taat dan beroleh rahmatNya sentiasa...Amin.

TANDA-TANDA KIAMAT

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?" Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan
tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

Asap
Dajjal
Binatang melata di bumi
Terbitnya matahari sebelah barat
Turunnya Nabi Isa A.S
Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
Gerhana di timur
Gerhana di barat
Gerhana di jazirah Arab
Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat.
Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa.
Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu,ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekahdekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas.Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akantertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'.
Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih,beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan duagolongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar.Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Hari kiamat itu mempunyaitanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, "Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikanmasjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka
juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik,
orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya
dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."


Temuduga Terbuka

Perhatian : Temuduga Terbuka!!

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat
4. Syurga yang kekal abadi

LOKASI TEMUDUGA : Di dalam kubur (alam barzakh)

KELAYAKAN :
- Anda tidak perlu bawa siji-sijil
- Anda tidak perlu bawa pingat
- Anda tidak perlu bawa wang atau harta(yg banyak
- Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik,
hensem atau berbadan tegap atau seksi
(Anda cuma bawa dokumen asal Iman dan Amal)

PANEL/PENEMUDUGA : Mungkar dan Nakir (Bertauliah)

**Enam soalan utama yang mudah akan disoal**

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON : Anda cuma perlu menunggu penjemput Kami
yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja
(mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada
orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang
tertentu. Ia diberi nama Izrail.

"SEMOGA BERJAYA"

"SELAMAT MENJAWAB"

Nota: Soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan tapi
hanya iman dan amal sahaja akan menetukan dapatkah kita
menjawabnya. Marilah bersama-sama kita bersedia,
menambahkan amal kita, moga-moga kita termasuk dalam
golongan orang yang berjaya.


Sunday, October 18, 2009

sembang-sembang

ORANG, ATUK & SAYA

ORANG KATA..
enjoy sementara muda, hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA..
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
SAYA RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
exams tu susah, kena banyak sacrifice,
constant study..past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA..
exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir,
Neraca Mizan, tayangan slide..
SAYA RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA..
setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
SAYA RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari,
tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali sehari?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
SAYA RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar,
kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!
ATUK KATA..
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
SAYA RASA..
HUWAA...HUWAAA....!!!!!!!!!

APA KATA AWAK?

1

MOTIVASI BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

8 JAM MEMBERI CERAMAH MOTIVASI DAN BERKONGSI ILMU DAN PENGALAMAN BERSAMA PEMIMPIN PELAJAR UMP OLEH EBIT IRAWAN IBRAHIM LEWDIPETIK SEDIKIT DARI BERITA UMP

Oleh : En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain

Penolong Pendaftar Pejabat Naib Canselor



KUALA ROMPIN, 24 Mei - Seramai 43 orang pemimpin pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengikuti Kem Transformasi Diri Ke Arah UMP Terbilang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Rompin mulai 21 Mei 2009 lalu.

Para pemimpin pelajar tersebut, yang terdiri daripada Yang Dipertua dan Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pengerusi badan-badan pelajar yang lain dibimbing oleh perunding motivasi terkemuka, Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah untuk menjalani pelbagai modul menarik berkenaan Transformasi Diri.

Kem Transformasi Diri Ke Arah UMP Terbilang: Sasaran Kumpulan Pemimpin Pelajar adalah kesinambungan daripada pelaksanaan program terdahulu pada awal Mei 2009 di Taman Negara yang melibatkan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Kanan UMP anjuran bersama Pejabat Naib Canselor dan Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. (Excel).

Selain Dato' Dr. Mohd. Fadzilah, pelaksanaan modul sepanjang kem selama tiga hari itu turut dijayakan oleh Encik Ebit Irawan Ibrahim Lew dan Puan Siti Rohani iaitu perunding motivasi daripada Excel dan penganalisis jenayah terkemuka, Encik Kamal Afendi Hashim.

Majlis perasmian kem tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim pada 21 Mei. Dalam ucaptama beliau yang bertajuk "Wawasan Saya Terhadap Kepimpinan Pelajar UMP", Dato' Dr. Daing Nasir menegaskan bahawa pelaksanaan kem ini haruslah dilihat sebagai pelaburan jangka panjang bagi melahirkan generasi pemimpin pelapis negara yang akan memaknakan slogan '1Malaysia' dalam erti kata yang sebenarnya. Dato' Dr. Daing Nasir juga menolak tanggapan negatif yang mengatakan pelaksanaan kem ini untuk pemimpin pelajar sedia ada sebagai tidak perlu.

"Impak daripada pelaksanaan kem ini bukanlah terbatas kepada penggal jawatan anda sebagai pemimpin pelajar, namun apa yang dihasratkan ialah kesan jangka panjang di mana anda akan menjadi anak Malaysia yang bersedia mengupayakan transformasi negara dan alumni yang berjasa kepada UMP, hasil daripada penyertaan dalam kem ini", ujar Dato' Dr. Daing Nasir.

Dato' Dr. Daing Nasir turut berkesempatan untuk berdialog dengan para pemimpin pelajar selepas ucaptama perasmian tersebut.

Yang Dipertua MPP, Saudara Mohd. Sufi Kamari menyifatkan bahawa pelaksanaan kem ini sebagai amat tepat pada masanya. "Saya percaya bahawa pelaburan pihak Universiti untuk mengadakan kem ini adalah satu pelaburan yang menguntungkan. Transformasi yang bermula dari dalam diri akan memangkinkan pula transformasi perdana negara melalui kesedaran warganegara, khususnya generasi muda", tambah Saudara Mohd. Sufi.